28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Hanya berbeza pendapat, Bung Mokhtar, Rahman ‘berdamai’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – ‘Krisis’ antara Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahalan  selesai apabila kedua-dua mereka bertemu dan bermaaf-maafan ketika perjumpaan jentera UMNO dan Barisan Nasional di Sepanggar, Sabah hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui ciapan dalam twitternya berkata, sikap Bung Mokhtar dan Rahman itu harus dicontohi.

“Meraikan perbezaan pendapat dan saling memaafkan, perlukan seseorang yang berjiwa besar dan sentiasa berlapang dada,” katanya dalam ciapan itu dengan disertakan gambar beliau bersama dengan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Hubungan antara Bung Mokhtar dan Abdul Rahman ‘tegang’ apabila Abdul Rahman mempersoalkan pelantikan Bung Mokhtar mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September lalu.

Advertisements

Ia memandangkan kata Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu sedang berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah.

Sementara itu SuaraTV melaporkan, Ahmad Zahid menegaskan,  tiada krisis antara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebaliknya lebih kepada perbezaan pendapat.

“Tidak ada krisis sebenarnya, ini hanya seperti berkocaknya air di dalam cawan. Itu hanyalah masalah adik beradik. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan,” kata Ahmad Zahid kepada Suara TV selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jentera Wanita UMNO Negeri Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan