32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Remaja bersalah sebabkan kematian 23 pelajar tahfiz, warden

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati suspek utama dalam insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua wardennya bersalah atas pertuduhan itu.

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika menyampaikan keputusan berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun berkata, memandangkan jenayah itu dilakukan ketika tertuduh berusia 16 tahun, maka Seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 terpakai, dan remaja berkenaan dikenakan perintah tahanan selama yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya memutuskan penama satu gagal mewujudkan keraguan munasabah atas kesemua 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Membunuh Dengan Sengaja, dan pihak pendakwaan membuktikan kesemua 23 pertuduhan tanpa keraguan.

“Oleh itu saya mendapati tertuduh telah melakukan jenayah tersebut, dan  disabitkan,” kata Azman yang dipetik Astro Awani .

Sementara itu, peguambela Haijan Omar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya yang kini berusia 19 tahun sangat menyesal atas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada semua yang terlibat, terutama sekali ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Ujarnya lagi, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah, dan akan memfailkan rayuan di peringkat seterusnya dalam mangsa yang terdekat.

Tragedi menyayat hati pada 14 September 2017 telah mengorbankan 21 pelajar tahfiz dan dua warden di Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran.

Kebakaran pusat tahfiz yang  yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini itu menyebabkan seluruh negara berduka.

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan