29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Solat jenazah doktor positif Covid-19 tular, boleh jadi contoh

Mesti Baca

MEDAN – Video yang merakamkan orang ramai menunaikan solat jenazah seorang doktor pakar paru-paru di sini yang meninggal dunia setelah positif dijangkiti Covid-19 tular.

Dalam video itu, solat untuk Dr. Andhika Kesuma diadakan di kawasan terbuka ketika jenazah tetap berada di dalam keranda khas di ambulans berkenaan.

DetikCom melaporkan, video itu merakamkan sebuah ambulans dengan tertera tulisan Hospital Columbia Asia Medan berada di hadapan sejumlah jemaah yang membentuk saf solat.

Seorang imam dilihat memimpin solat itu dengan individu yang memuatnaik video menyatakan jenazah Andhika telah dikafankan sesuai dengan protokol Covid-19 di dalam ambulans.

“Boleh menjadi contoh untuk solat jenazah pesakit Covid-19 yang lain.

“Jenazah sudah terbungkus rapi berada di dalam ambulans saat disolatkan. Ini boleh menjadi penyelesaian yang bijak, tanpa perlu meninggalkan syariat yang harus ditunaikan,” tulis individu berkenaan.

Sementara itu, Jurucakap Gugus Tugas Covid-19 Sumatera Utara, Whiko Irwan menjelaskan, solat jenazah seperti itu boleh dilakukan.

“Boleh sahaja, sesuai keyakinan masing-masing. Yang penting jaga jarak, pakai pelitup muka dan peti (keranda) tidak dibuka,” kata Whiko ketika diminta mengesahkan proses solat jenazah Andhika.

ORANG ramai menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham Dr Andhika Kesuma dengan pematuhan SOP. – Foto Media Sosial

Whiko berkata, sudah ada peraturan khusus bagi pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Menurutnya, peraturan tersebut menekankan tidak boleh ada kontak langsung antara petugas ataupun orang lain dan jenazah pesakit Covid-19.

“Berdasarkan Kep Menkes (Keputusan Menteri Kesihatan) 413 dan Pedoman Penanganan COVID-19 revisi ke-5, jenazah boleh dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh petugas pengurusan jenazah dengan maksimum hanya dua orang di dalam bilik jenazah, sebelum dibungkus plastik dan dimasukkan peti jenazah.

“Protokol di atas ada mengikut kebijaksanaan setiap daerah. Ada juga yang sepakat langsung dibungkus plastik dan dimasukkan dalam keranda. Prinsipnya tidak boleh ada kontak petugas atau orang dengan tubuh dan cairan tubuh jenazah,” katanya.

Terdahulu, doktor pakar paru-paru di Medan, Andhika Kesuma meninggal dunia akibat dijangkiti akibat virus Corona.

Andhika meninggal dunia setelah dirawat 23 hari di Hospital Columbia Asia Medan.

“Ya beliau sudah meninggal kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan dengan status positif Covid-19,” kata Ketua Kesihatan Sumatera Utara, Dr. Alwi Mujahit.

Andhika merupakan individu pertama membuka Hospital GL Tobing. Hospital tersebut dikhaskan dalam menangani pesakit Covid-19.

Selain Andhika, istrinya juga dijangkiti Covid-19 dan masih dirawat di hospital. – Agensi

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan