27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Termometer inframerah tidak pancar radiasi – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Termometer inframerah yang didakwa boleh menyebabkan kecederaan kepada otak tidak memancarkan radiasi dan ia selamat digunakan bagi menyukat suhu badan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius isu yang tular di media sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh yang dikatakan membahayakan pengguna termasuk kecederaan otak.

Beliau menjelaskan, termometer inframerah direka bentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran infra merah daripada permukaan kulit yang kemudiannya diubah menjadi isyarat elektrik.

“Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan.

“Oleh kerana termometer inframerah tidak memancarkan radiasi, ianya selamat untuk digunakan,” katanya, hari ini.

Advertisements
NOOR HISHAM ABDULLAH – foto BERNAMA

Dr Noor Hisham berkata, pengukuran suhu badan dengan termometer inframerah biasanya dilakukan sama ada di permukaan kulit dahi atau di membran timpanik.

Ujar beliau, walaupun bacaan suhu di membran timpanik lebih tepat tetapi kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi.

“Kajian yang dilaksanakan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer inframerah untuk mengukur suhu di dahi,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM sedar tentang terdapatnya termometer inframerah yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran.

“Adalah diingatkan bahawa KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan