27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Polis arah mempelai lelaki tekan tubi tak pakai pelitup muka

Mesti Baca


JAKARTA –  Gara-gara tidak memakai pelitup muka semasa majlis resepsinya, seorang mempelai lelaki yang sedang duduk di pelaminnya diarahkan melakukan tekan tubi oleh polis kerana ingkar kepada arahan pencegahan Covid-19.

Klip yang merakamkan anggota polis, Harid Kurniawan dari Desa Randugong, mukim Kejayan, daerah Pasuruan, Jawa Timur mengarahkan pengantin lelaki, Solihudin melakukan tekan tubi itu kini tular 

Harid berkata, beliau mengenakan hukuman itu kerana Solihudin tidak memakai pelitup muka semasa resepsi majlis pernikahannya.

“Saya hanya ingin memberi contoh kepada semua tetamu jemputan agar turut memakai pelitup muka” kata Harid yang dipetik Tribunnews.com.

Harid menjelaskan selain kedua-dua mempelai, beliau juga melihat sejumlah tetamu tidak menggunakan pelitup muka.

Advertisements

“Padahal pemakaian pelitup muka amat diperlukan untuk mencegah Covid-19,” katanya.

Sejurus memberikan hukuman kepada mempelai lelaki, Harid kemudian memberikan puluhan pelitup muka kepada tetamu yang hadir.

Beliau juga meminta tetamu undangan untuk menjaga jarak fizikal dan tidak berhimpun.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang merakamkan anggota polis menghukum tekan tubi seorang pengantin lelaki kerana tidak memakai karena tidak memakai pelitup muka.

Dalam video berdurasi 25 saat itu, mempelai lelaki dihukum tekan tubi beberapa kali sambil disambut tepuk tangan dan sorakan dari tetamu.

Advertisements

Terkini

JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan lelaki yang dipukul beramai-ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, Terengganu pada 17 Januari...

Lagi Artikel Berkaitan