26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Presiden seru tonton filem ‘Earthlings’ akhiri drama tebusan Ukraine

Mesti Baca

KIEV – Drama tebusan di Ukraine semalam berakhir selepas pasukan keselamatan berjaya membebaskan 10 tebusan  ditahan di dalam sebuah bas oleh seorang lelaki bersenjata yang kemudiannya ditahan selepas campur tangan luar biasa oleh presiden negara ini.

Gambar di lokasi kejadian di bandar Lutsk itu menunjukkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Maksym Kryvosh, 44, dalam keadaan meniarap di atas jalan raya selepas ditahan polis.

Sebelum Kryvosh ditahan, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memuat naik satu video pendek bagi memenuhi tuntutan suspek dengan berkata: “Setiap orang patut menonton filem Earthlings“.

Sejurus Kryvosh ditahan, Zelensky segera memadam video yang dimuat-naiknya itu.

VOLODYMYR ZELENSKY

Satu daripada tuntutan penjenayah itu adalah bagi Presiden menggalakkan orang ramai menonton filem Hollywood tahun 2005 itu yang menceritakan tentang dokumentari hak asasi haiwan.

Filem itu memenangi beberapa anugerah filem dengan ada di antara babak menunjukkan amalan industri utama dunia yang bergantung terhadap haiwan.

Kesemua 13 tebusan yang ditahan Kryvosh tidak mengalami kecederaan. Dia terlebih dahulu membebaskan tiga tebusan selepas berjaya bercakap dengan Zelensky.

Advertisements

“Lutsk, semua orang okay,” ciap Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov berikutan berakhirnya drama tebusan itu.

Drama tebusan itu bermula kira- kira pukul 9 pagi waktu tempatan dengan pada satu ketika lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan dan melempar bahan letupan yang tidak meledak.

Antara tuntutan Kryvosh adalah seorang ahli politik kanan perlu menyatakan mereka adalah pengganas.

Menurut pejabat pendakwa raya, lelaki itu mendakwa meletakkan bahan letupan di tempat awam yang boleh diletupkan dari jarak jauh.

Ini mendorong pihak berkuasa menutup laluan masuk ke bandar dan melarang orang ramai daripada keluar rumah.

Namun tidak dapat dipastikan sekiranya pihak berkuasa ada menemukan bahan letupan sebagaimana didakwa suspek.

Kryvosh sebelum ini pernah dipenjarakan selama 10 tahun atas kesalahan penipuan dan penyalah gunaan senjata. – Agensi

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan