25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Luqman pasang impian beraksi bersama Manchester United

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bintang remaja negara, Luqman Hakim Shamsudin memasang impian untuk beraksi bersama Manchester United suatu hari nanti.

Pemain berusia 18 tahun yang kini bersama kelab Belgium, KV Kortrijk memberitahu demikian kepada ERA.fm pagi ini.

Ketika ditemu bual penyiar Pagi di Era, Hanif dan Ray, pemain ubi berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, harapannya sekarang adalah untuk membantu ibu bapanya.

“Saya nak bantu ibu bapa saya sekarang ini… dan saya nak bermain untuk Manchester United suatu hari nanti,” kata calon Anugerah Golden Boy itu.

Luqman tersenarai antara 80 pemain muda terbaik untuk menerima Anugerah Golden Boy, anjuran sebuah media berpangkalan di Belanda.

Dia menjadi satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang tersenarai dan antara enam pemain Asia bagi merebut anugerah tersebut.

Ketika ditanya hadiah yang bakal dimenangi jika menang anugerah tersebut, Luqman berkata:

“Saya tidak tahu… saya tak ambil kisah soal anugerah ini. Saya cuma fokus bermain bola,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan