31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Ayuh undi Luqman Hakim untuk Anugerah Golden Boy

Mesti Baca

BINTANG ‘ubi’ negara, Luqman Hakim Shamsudin tersenarai antara 80 calon pemain muda bagi merebut Anugerah Golden Boy bagi musim 2019/2020.

Penyerang 18 tahun yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan bakal menyarung jersi KV Kortrijk dari Belgium itu tersenarai bersama beberapa pemain dari kelab besar dunia.

Antaranya termasuklah Erling Braut Haland (Borussia Dortmund), Ansu Fati (Barcelona), Phil Foden (Manchester City) dan Callum Hudson-Odoi (Chelsea).

Daripada 80 pemain tersebut, hanya lima pemain datang dari benua Asia iaitu Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka), Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz), Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United) dan Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor) selain Luqman sendiri.

Nama Luqman dalam senarai calon Golden Boy.

Pencalonan itu merupakan satu lagi pencapaian terbaik Luqman yang baharu bertapak dalam liga Eropah setelah beraksi cemerlang bersama skuad Bawah 19 tahun negara sebelum ini.

Advertisements

Pemain itu selepas pernah disenaraikan dalam 60 pemain muda terbaik dunia oleh portal antarabangsa, The Guardian.

Pemilihan bagi anugerah anjuran Tutto Sport itu adalah berdasarkan undian orang ramai.

Jadi, marilah kita seluruh rakyat Malaysia memberi undi kepada Luqman bagi membolehkan dia mencapai kedudukan terbaik.

Undian boleh dibuat menerusi laman web TuttoSport ini. Ayuh, rakyat Malaysia beri sokongan anda kepada pemain ubi kita ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan