31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf UEC

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) seperti yang dibangkitkan pimpinan Hua Zhong dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu.

Sebaliknya, Perdana Menteri hanya menyebut UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian apabila kerajaan masa lalu menerima lepasan UEC untuk mengikuti kursus perguruan pengkhususan Bahasa Cina di institut perguruan.

Berikut kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu:

Berhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong Bersama YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC.

Advertisements

YAB Perdana Menteri menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan