31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Malaysia, Arab Saudi sambut Aidiladha 31 Julai

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Jumaat, 31 Julai ini.

Selain itu, umat Islam di Arab Saudi akan meraikan hari pertama Aidiladha pada tarikh sama.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, tarikh itu sudah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Gulf News melaporkan, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan hari pertama Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah, sehari selepas Hari Arafah adalah pada 31 Julai 2020.

Ini bermakna, 22 Julai 2020 atau 1 Zulhijjah akan menandakan permulaan musim haji tahun ini yang dihadkan kepada 10,000 jemaah sahaja berikutan pandemik Covid-19. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan