26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Panjat tingkap tingkat dua hospital ‘jaga’ ibu

Mesti Baca

RAMALLAH – Kasih seorang anak terhadap ibunya mendorong seorang lelaki Palestin nekad memanjat tingkap tingkat dua sebuah hospital demi memastikan wanita itu mendapat penjagaan dan perhatian pusat perubatan tersebut.

Tanpa memperdulikan bahaya yang bakal menimpanya, rakaman Jihad Al-Suwaiti duduk di tepi tingkap hospital kini tular dan menyentuh hati pengguna media sosial.

Portal berita Al Araby melaporkan, lelaki berusia 30 tahun dari Hebron itu berada di jendela berkenaan selama berjam-jam setiap hari, sehinggalah ibunya, Rasma Salama, menghembuskan nafas terakhir, Khamis lalu.

“Jihad memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini.

“Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena,” kata seorang pegawai hospital.

Dalam pada itu, abang Jihad, Rasmi berkata, biarpun dilarang berbuat demikian oleh pihak hospital atas faktor keselamatan, adiknya itu tetap berdegil.

Jelasnya, Jihad sebagai anak bongsu memang rapat dengan ibu apatah lagi selepas kematian bapa mereka 15 tahun lalu.

“Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti Covid-19 beberapa minggu lalu.

Baca juga:   6 daerah Selangor bawah PKP, SOP ketat sambutan Aidilfitri

“Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya,” kata Rasmi.

Tambah Rasmi, Jihad ketika ini sudah boleh menerima kenyataan akan pemergian ibu buat selama-lamanya.

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan