25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Setiap negeri ada hak tunai solat Jumaat dua sesi – Dr Zulkifli

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan solat Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bagaimanapun berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan solat Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja.

Beliau yang dipetik Astro Awani sebagai berkata, pihaknya buat ini masih tidak mendengar mana-mana negeri melakukan solat Jumaat secara dua sesi.

“Kita telah setuju solat Jumaat satu sesi sahaja dan itulah yang diputuskan bahkan kita membesarkan jumlah jemaah yang dibenarkan hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program Yadim Peduli Pasca Musaádah Covid-19 di Pelabuhan LKIM Chendering, di sini, hari ini.

Dr Zulkifli berkata, solat Jumaat dibenarkan mengikut SOP dan penjarakan sosial dan tidak dilaksanakan semata-mata di dalam masjid tetapi juga di ruang tepi masjid.

Advertisements

“Kawasan lain dalam masjid contohnya kalau ada khemah dengan sejadah yang mereka bawa mereka boleh solat Jumaat dan ini yang berlaku di Wilayah Persekutuan sebagai contoh.

“Justeru sekarang ini kita telah mengambil ketetapan, contohnya di Wilayah Persekutuan kita tidak akan buat dua sesi kita buat satu sesi sahaja,” jelas beliau.

Sebelum ini, MKI telah mengadakan perbincangan berhubung pelaksanaan solat Jumaat dua sesi.

Langkah itu membolehkan lebih ramai jemaah dapat menunaikan solat Jumaat selepas lebih tiga bulan masjid ditutup kepada orang awam berikutan pandemik Covid-19.

Difahamkan masjid di Singapura membenarkan solat Jumaat dua sesi pada 26 Jun lepas yang diadakan dengan selang waktu sekitar 30 minit antara dua sesi tersebut.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan