Monday, June 15, 2026

Kubur jenazah ‘pesakit’ Covid-19 digali semula,dipindahkan

Mesti Baca

BANDUNG – Sebanyak 10 buah kubur pesakit di bawah pemantauan (PUI) Covid-19 yang dikebumikan di sini digali semula ahli keluarga selepas ujian saringan mendapati mereka negatif daripada pandemik itu.

Detik News melaporkan, 10 jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 dipindahkan selaras dengan kehendak ahli keluarga masing-masing.

Setiausaha Dinas Tata Ruang (Distaru) Kota Bandung, Agus Hidayat berkata, jenazah yang dipindahkan itu telah dipastikan negatif Covid-19.

Agus berkata, keputusan ujian swab hanya keluar setelah pesakit itu meninggal dunia dan dikebumikan.

“Jenazah itu dipindahkan ahli keluarga ke tempat yang sesuai dengan kemahuan mereka dan ia dibolehkan sekiranya keputusan ujian saringan Covid-19 negatif,” katanya, semalam.

Berdasarkan rekod Distaru, ada 70 jenazah dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Cikadut termasuk 10 jenazah berkenaan mengikut protokol Covid-19.

“Ada yang dipindahkan ke Subang, ke Sumedang,” katanya. – Agensi

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan