33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Untung rakyat Malaysia, diskaun bil elektrik sampai hujung tahun

Mesti Baca

MEMANG beruntung jadi rakyat Malaysia.

Mana ada kerajaan di dunia yang sanggup beri diskaun bil elektrik selama berbulan-bulan?

Kita boleh bergembira kerana kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik sedia ada sehingga 31 Disember 2020.

Pelanjutan diskaun ini untuk semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Maknanya, kalau pengguna industri dan komersial tiada diskaun.

Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, dengan keputusan itu, seramai 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara 2% hingga 50% dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Memang ramai pengguna domestik yang dapat diskaun.

Kata beliau lagi, pengumuman itu lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Baca juga:   Jagung Bijian topik bincang kukuh perdagangan pertanian

Terima kasihlah juga kepada abah kita, memang terbaik.

“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10% di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 20 Jun 2020.

“Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak 2% sehingga 31 Disember 2020 yang akan memanfaatkan sekitar 520,000 pengguna di Sabah dan 580,000 pengguna di Sarawak,” kata Shamsul Anuar dalam kenyataan media.

Baca juga:   Pemilik akaun TNB nikmati rebat 2 sen/kWj 2021

Memang mantap, satu Malaysia dapat diskaun.

Mana pula datangnya duit nak tampung diskaun tu?

Shamsul Anuar menerangkan, pelanjutan diskaun selama tiga bulan bagi pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta.

Beliau memberitahu, manakala diskaun bagi Sabah dan Sarawak akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Ini menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember 2020 adalah berjumlah RM2.62 bilion,” jelasnya.

Bukan sedikit jumlah tu. Apa-apa pun terima kasihlah kepada kerajaan kita. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Kylian Mbappe dinamakan kapten baharu Perancis

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps melantik penyerang muda sensasi, Kylian Mbappe sebagai ketua pasukan baharu skuad Les Bleus. Lantikan itu dibuat...

Lagi Artikel Berkaitan