32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Ku Li tidak tolak kemungkinan berlaku masalah agih kerusi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan akan berlaku masalah pengagihan kerusi jika UMNO bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  akan datang.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkata, UMNO boleh kedudukan dominan dalam kerajaan mika timbul masalah mengenai pengagihan kerusi berkenaan.

“Bersatu tidak sepatutnya ada pun (dalam kemungkinan itu). Mereka (ahli UMNO) berasa bahawa ia (kerjasama) harus berlaku dalam kalangan Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas, UMNO dengan rakan-rakan tradisi BN, MCA dan MIC,” katanya semasa bercakap kepada Channel News Asia.

Tengku Razaleigh menjelaskan, tindakan UMNO meninggalkan Bersatu akan mengelakkan mereka berhadapan masalah pengagihan kerusi.

“Tapi kalau kamu bawa Bersatu, kami mungkin akan berdepan (keputusan) pilihan raya yang menyebabkan kita berada dalam situasi ‘tergantung’ sekali lagi, tiada yang ada kedudukan dominan dan mempunyai majoriti jelas. Kemudian, kita akan menghadapi situasi yang sangat tidak stabil,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Menjawab soalan adakah beliau percaya UMNO akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada PRU akan datang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

“Saya tak rasa begitu. Susunan di dalam Perikatan Nasional (seperti sekarang), hanyalah semata-mata demi memastikan kestabilan.

“Bila kita berdepan dengan PRU, itu satu situasi yang berbeza. UMNO akan  fikir dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Semalam, MN dilapor sepakat untuk menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi PRU yang  akan datang.

Tengku Razaleigh juga menegaskan, UMNO dan BN perlu menampilkan muka baru yang berintegriti bersih sebagai calon Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu kata beliau, pemimpin-pemimpin lama perlu berkorban untuk memberi ruang kepada muka baru menerajui calon Perdana Menteri bagi UMNO dan BN.

”Pemimpin-pemimpin masa lalu harus bersedia untuk berkorban, beri ruang untuk muka-muka bru yang bersih,” Katanya.

Ketika ditanya cubaan Tun Dr.Mahathir Mohamad mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Tengku Razaleigh berkata;

”Dia sudah gagal sepanjang 22 bulan menerajui negara. Saya tak tau apakah dia ada apa-apa yang baru untuk ditawarkan. Negara ini perlu kepemimpinan yang segar. Kita mesti bergerak ke hadapan dengan yakin.” – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan