28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Shuib pertimbang secara teliti tawaran anugerah Datuk

Mesti Baca

PELAWAK Shuib mendedahkan dia sedang mempertimbangkan secara teliti tawaran kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri.

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, menegaskan dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran tersebut.

Memetik portal mStar Online, Shuib yang juga seorang usahawan akan membincangkan perkara itu secara lanjut dengan pihak yang berkenaan pada minggu depan.

“Cuma perlu saya cakap ya sahaja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Menurut Shuib, dia masih berfikir mengenai perkara itu dan ada bertanya pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu.

“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya. 

“Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup… tak tahulah kita tengok dahulu macam mana,” katanya.

Sementara itu, Shuib berkata sebagai ahli perniagaan dia melihat gelaran tersebut mampu memberikan kelebihan kepadanya dalam beberapa hal.

“Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu gelaran Datuk ini.

Baca juga:   'Filem terbaik saya belum buat' - Aziz M Osman

“Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala membuatkan saya rasa janggal diri,” jelasnya.

Baca juga:   Pegawai TLDM terima Anugerah Sir Peter Blake Leadership

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan