25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Beri sendiri lesen niaga tanpa orang tengah, netizen puji menteri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyantuni penjaja sekitar ibu kota dan memberikan mereka lesen mendapat pujian netizen.

Menerusi hantaran Facebook yang dimuat naiknya, sebanyak 97 orang penjaja tanpa lesen menerima lesen perniagaan dari Annuar tanpa melibatkan orang tengah.

“Pagi tadi saya walkabout di Setapak Indah dan 97 penjaja tak berlesen saya berikan lesen tanpa orang tengah.. Tahniah dan berusahalah… InsyaAllah di berkati Allah SWT,” tulis beliau.

Inisiatif Annuar meringankan beban peniaga yang kebanyakannya berniaga tanpa lesen mendapat pujian warganet yang turut terharu dengan usaha menteri selepas golongan itu terjejas akibat pandemik Covid-19.

Advertisements

Seorang pengguna Facebook, Abdullah Khairi menyifatkan usaha Annuar itu sebagai langkah betul pihak berkuasa.

“Bukan nak tangkap dan rampas, bagi depa (mereka) alternatif cari makan,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Rosliza Hassan menyifatkan langkah menteri itu adalah tepat dalam membantu peniaga.

Sementara itu, bagi Mohd  Zulhanis Yusof, tindakan Annuar menjimatkan kos peniaga yang dakwanya berdepan kesukaran mendapatkan lesen kerana masalah yang ditetapkan pihak berkuasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan