32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Gagal kemukakan pengenalan diri, 2 warga Myanmar ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot fiber bersama dua nelayan warga Myanmar kerana gagal kemukakan pengenalan diri dan melanggar syarat sah lesen.

Penahanan tersebut dibuat pada kedudukan 2.4 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam, Perak sekitar jam 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, kedua-dua nelayan itu ditahan semasa pasukan bot peronda Maritim sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur 31 dan 38 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan lanjut turut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Advertisements

“Malah, jentera utama bot itu telah diubah suai tidak seperti yang dilesenkan.

“Selain itu, kedua-dua nelayan juga tidak memiliki kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Sehubungan itu, kesemua nelayan ditahan dan bot serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujarnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta pengubahsuaian jentera utama.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi ke atas pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan