29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bapa Khabib meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

Mesti Baca

MOSCOW – Bapa yang juga pelatih Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di sini, hari ini akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Abdulmanap, 57, diserang sakit jantung selepas disahkan dijangkiti penyakit itu sejak akhir April lalu.

Dia dikesan mempunyai simptom jangkitan Covid-19 di rumahnya di Dagestan sebelum diterbangkan khas ke sebuah hospital tentera di Moscow.

Portal RT melaporkan, di Moscow,  bapa kepada juara lightweight UFC itu disahkan positif Covid-19.

Advertisements

Serangan jantung itu memaksa doktor melakukan pembedahan pintasan jantung Dan doktor menyifatkan keadaan Abdulmanap sebagai serius namun stabil.

Selepas berapa bulan bertarung nyawa, Abdulmanap akhirnya disahkan meninggal dunia dan perkara mengenainya diumumkan pemimpin Republik Chechen,Ramzan Kadyrov.

Abdulmanap mengajar Khabib bergusti selepas mengubahsuai sebahagian rumah mereka kepada sebuah gym sekali gus ‘melahirkan’ seorang juara dunia baharu.

Pernah berapa kali dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat (AS) untuk menyaksikan anaknya bertarung, dia akhirnya berpeluang menyaksikan perlawanan antara anaknya dan Dustin Poirier di Abu Dhabi, tahun lalu. – Agensi

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan