29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Singapura usir 12 warga asing termasuk rakyat Malaysia

Mesti Baca

SINGAPURA – Gara-gara tidak mematuhi peraturan jarak selamat semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) Covid-19, sebanyak 12 warga asing termasuk rakyat Malaysia ditangkap sebelum diusir dan dilarang daripada memasuki republik ini lagi.

Portal berita MediaCorp yang memetik kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), mereka yang ditangkap termasuk sembilan lelaki dan tiga wanita yang berusia antara 20 dengan 37 tahun.

Seorang lelaki rakyat Malaysia, ditahan kerana memandu ketika mabuk dan melanggar peraturan keluar rumah dan larangan perjumpaan beramai-ramai.

Arvinish N Ramakrishnan, 23 tahun mengaku bersalah dan didenda S$4,000 (RM12,290) dan pas kerjanya ditarik balik.

Dia diusir ke Malaysia pada 5 Jun dan dilarang memasuki Singapura lagi.

Teman kepada Arvinish, juga seorang rakyat Malaysia, dikenakan saman kerana melanggar peraturan dengan meninggalkan tempat kediamannya dan diberikan “amaran tegas” kerana melanggar larangan mengenai perhimpunan sosial.

Seorang warga China, Cheng Fengzhao, 37, ditangkap dalam satu operasi anti-maksiat di sebuah unit kondominium dekat 30 Jalan Kemaman.

Advertisements

Dia didapati membenarkan seorang lelaki yang tidak tinggal serumah dengannya ke dalam unit itu bagi mendapatkan khidmat urut dan seks bagi bayaran sebanyak S$100 (RM307).

Cheng mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak S$7,000 (RM21,507) dan pas kerja Cheng ditarik balik setelah dia didakwa.

Dia diusir ke China pada 10 Jun dan dilarang memasuki Singapura lagi.

Sementara itu, sebanyak 10 orang warga India yang memegang pas pelajar atau pas kerja turut ditangkap mengadakan perjumpaan ketika peraturan pemutus jangkitan berkuat kuasa pada 5 Mei.

Kesemua sepuluh orang itu mengaku bersalah dan didenda antara S$2,000 (RM6145) dengan S$4,500 (RM13,826).

Pas mereka dibatalkan selepas didapati bersalah selain diusir ke India antara Jun dengan Julai 2020 serta dilarang masuk ke Singapura selama-lamanya.

“Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang tidak mematuhi (peraturan jarak selamat) atau secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang dan ini mungkin termasuk membatalkan visa atau pas kerja, sewajarnya,” menurut pihak berkuasa. – Agensi

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan