25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Enggan popular lagi: Sugu Pavitra padam kandungan di YouTube?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas berhadapan dengan isu rumah tangga, pasangan Youtuber terkenal Sugu Pavitra telah didapati memandamkan semua kandungan di dalam akaun YouTube mereka, semalam.

Perkara itu disedari para pengikut akaun pasangan tersebut apabila mendapati akaun YouTube mereka tidak mempunyai sebarang kandungan, dipercayai dipadam oleh pasangan tersebut.

Sebelum ini pasangan itu berhadapan dengan isu rumah tangga apabila si suami M. Sugu, 29, didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, S. Pavitra, 28.

Kandungan akaun YouTube Sugu Pavitra didapati kosong, semalam.

Bernama melaporkan, Sugu yang merupakan bekas pekerja sebuah ladang estet di Sungai Siput didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan sebelah kanan Pavithra dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh antara 4 hingga 5 petang, 21 Julai lepas.

Difahamkan Pavitra telah memaafkan perbuatan suaminya.

Youtuber Sugu Pavitra yang memaparkan video masakan mendapat tumpuan ramai sehingga meraih lebih 786,000 langganan di YouTube dengan lebih 34 juta tontonan sejak 28 Januari lepas.

Advertisements

Pasangan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menghadiahkan seunit tripod dan beberapa peralatan lain untuk keperluannya menghasilkan kandungan.

Sejak itu kehidupan pasangan itu telah berubah sekelip mata dan mampu memiliki rumah baharu hasil royalti yang diperoleh menerusi penghasilan kandungan tersebut.

Malah Pavitra juga tiba-tiba menjadi terkenal dan baru-baru ini dia diberikan anugerah Ikon Anak Ipoh yang dipercayai menjadi punca perbalahan pasangan ‘bahagia’ itu.

Populariti Pavitra menarik perhatian sebuah majalah untuk menjadinya wanita penghias muka hadapan.

Khabarnya Pavitra tidak menyebut nama suaminya ketika menerima anugerah tersebut sehingga si suami berang dan tercetuslah perbalahan yang membawa kecederaan.

Dipercayai keputusan Sugu Pavitra memadam kandungan YouTube mempunyai kaitan dengan kenyataan isterinya yang mahu kembali ke kehidupan sebelum ini — tidak terkenal, tidak mendapat perhatian, tidak mahu menerima sebarang anugerah dan hanya menumpukan perhatian kepada penghasilan video masakan sahaja.

Bagaimanapun pasangan itu gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan