31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tips hebat mengurus tumbesaran anak cara Sheikh Muszaphar

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

BUKU My Way of Parenting adalah karya yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh para peminat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara yang pertama.

Sebelum ini, setiap hantaran beliau menerusi media sosial akan dibaca dan diberikan ribuan tanda suka oleh para pengikutnya yang kini mencecah hampir 1 juta orang.

Sheikh Muszaphar sebelum ini banyak memaparkan perihal kehidupan keluarga, kegiatan seharian sehingga beliau terasa begitu dekat dan begitu sempurna bagi sebuah keluarga contoh di Malaysia.

Tulisan doktor perubatan yang juga pakar motivasi, usahawan dan bekas peragawan ini adalah manifestasi daripada kehidupan sebenar beliau, mengenai cara mendidik dan membesarkan anak-anak, yang ditagih oleh para peminatnya.

Dengan gaya penulisan yang bersahaja, Sheikh Muszaphar menceritakan bagaimana beliau melalui dan bersama-sama setiap detik penting ketika membesarkan anak-anak.

Ini adalah sesuatu yang agak unik kerana sebagai seorang bapa yang sangat sibuk, beliau sentiasa bersedia untuk anak-anak beliau, demi mengatur dan membentuk mereka menjadi insan yang hebat, malah lebih hebat daripada dirinya sendiri.

Advertisements

Sebagai seorang doktor yang dilatih untuk menjadi angkasawan secara tidak langsung menjadikan beliau seorang yang tekun dan dedikasi dalam mendidik anak-anak.

Ini boleh dijadikan contoh para bapa lain di Malaysia yang sebahagian besar menyerahkan tugas keibubapaan kepada si ibu, sedangkan bagi Sheikh Muszaphar tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama terutama tentang emosi anak-anak. Ini dikupas secara teliti oleh beliau dalam buku ini.

Saya gemar bab layanan anak seperti orang dewasa. Jangan terlalu mengatur arah dan jangan terlalu simpati terhadap mereka agar anak-anak dapat berdikari serta mendisplinkan diri.

Melihat dari kehidupan anak-anak Sheikh Muszaphar yang lahir dengan ‘sudu emas di mulut’, beliau mahu anak-anak merasai sendiri kepayahan dan kesukaran serta erti kerja keras untuk menggapai kejayaan.

Anak-anak perlu belajar berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu, walaupun kelihatan segalanya mudah diperolehi.

Buku dwibahasa ini yang turut diisi dengan koleksi foto-foto. peribadi yang jelas terpancar kebahagiaan keluarga beliau sesuai dihadiahkan kepada bakal-bakal ibu dan bapa.

Juga sesuai untuk bacaan semua ibu bapa yang mahu mengetahui tips mengurus tumbesaran anak-anak ala-Sheikh Muszaphar. – DR NORLEE HAZANIZA AHMAD

Tajuk: My Way of Parenting
Penulis: Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Penerbit: Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie/Gatenbej Printworks
Tahun Penerbitan: 2020
Bil. Halaman: 328

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan