30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO jangan pula turut berjangkit ratib ‘Najib, Najib, Najib’

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh H.M NOOR

PADA saat pasca 9 Mei 2018 hampir semua pemimpin kanan UMNO diam membisu di atas kepincangan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH), figura ini muncul dengan satu kebangkitan baru.

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu lama untuk melondehkan satu persatu kelemahan kerajaan Malaysia baharu. Saat itu, entah di mana pemimpin kanan UMNO? Menikus? Bimbang ugutan disiasat atau berkira-kira melompat?

Yang ada Facebook atau Twitter pun sunyi, jika dikemas kini pun sekadar program bertemu rakyat di kawasan. Hari ini makan kenduri situ, hari ini ziarah sana dan seumpamanya.

Bahkan ada yang menutup Twitter, beralih medium sosial yang lebih kepada layan gambar. Kayuh basikal sana, lari sini.

Yang depa tahu bersuara dalam bab menyalahkan Najib. Awal-awal lepas PRU-14 tu adatlah dah Najib orang no. 1 tapi dah lepas 100 hari PH perintah pun mereka senyap, itu dah kenapa?

Masa itu barangkali ada mengelak daripada mengkritik PH bimbang-bimbang melompat ke parti baru pimpinan bos lama. Jadi, lebih baik diam-diam saja walhal rakyat di bawah mula gelisah yang Malaysia Baru rupanya tidak seindah mana.

Advertisements

Ketika itulah Datuk Seri Najib Razak mengisi vakum tersebut, ibarat harimau luka yang menebus kembali setidak-tidaknya. Memang UMNO saat itu bercampur baur, ada suka ada sebaliknya.

Namun paling praktikal ialah biarkan sahaja Najib menyerang PH – kerja yang tidak semua mahu buat. Hakikat, gelombang Najib dan Bossku tidak mampu tertahan lagi oleh PH, DAP mahu pun Tun Mahathir sendiri.

PRK Semenyih antara saksi sambutan rakyat di negeri kubu PKR menyambut Bosku dengan besar hati – bukan disusun seperti mana ketika berjawatan dulu.

Ini hakikat. Diakui sendiri PM-4 dan PM-7 itu bagaimana Najib punya penangan ke atas PH. Justeru, atas dasar kedinamikan politik, seruan menyuruh Ahli Parlimen Pekan berundur adalah sangat tidak kena masanya.

Seruan itu relevan 22 bulan lalu, tapi bukan sekarang. Media pun tidak perlulah nak melagakan pemimpin saat PRI-15 semakin kuat kedengaran.

Ingat, politik itu dinamik, Najib telah buat apa yang pemimpin kanan UMNO lain tidak mampu atau tidak ingin buat. Maka, apa kedudukan Najib selepas ini? Biarlah masa menentukan.

  • Penulis adalah pembaca Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan