28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dua lagi doktor dijangkiti Covid-19 di utara Syria, pelarian mula terancam

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


Oleh : RAZALI AWANG

KUALA LUMPUR – Kesemua kes positif Covid-19 di utara Syria membabitkan petugas barisan hadapan.

Dalam perkembangan terbaru, dua lagi doktor dan seorang jururawat disahkan dijangkiti virus itu.

Menurut Al Jazeera, dua doktor berkenaan terdiri daripada pakar mulut dan pakar kanak-kanak.

”Kes mutakhir dikesan pada Sabtu, seorang jururawat bertugas di bahagian kecemasan di hospital Bab al Hawa yang mempunyai hubungan dengan kes pertama”, lapor stesen televisyen tersebut.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada empat kes dan kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dikuarantin.

Menurut Maram al-Sheikh, Menteri Kesihatan kerajaan sementara di utara Syria, langkah-langkah pencegahan dilaksanakan termasuk mendirikan tujuh pusat kesihatan di Idlib dan Aleppo yang telah melakukan 2,000 ujian saringan.

Advertisements

Namun kata beliau dengan jumlah pelarian dan penduduk mencecah hampir empat juta orang ditambah dengan segala kekurangan asas, wabak Covid-19 di utara Syria dilihat mudah merebak dan boleh menjadi satu lagi malapetaka.

‘’Tambahan pula mekanisme WHO supaya orang ramai mengamalkan penjarakan sosial untuk memutuskan rangkaian Covid-19, amat sukar dilaksanakan di utara Syria,’’ katanya.

Langkah-langkah pencegahan yang disarankan menjadi sesuatu yang masih jauh untuk dilaksanakan kerana tuntutan kelangsungan hidup.

Makanan, pakaian dan tempat tinggal antara tiga perkara asas yang tidak pernah berkesudahan. Bagaimana mereka mahu melakukan penjarakan sosial sedangkan semua keperluan itu masih “terawang-awang”.

Hakikatnya, di utara Syria, tiada istilah perintah kawalan pergerakan, berkurung atau yang sewaktu dengannya kerana mereka telah lama dikepung rejim Bashar.

Dalam keadaan yang segalanya hampir musnah, wabak Covid-19 menjadi satu ujian besar untuk mangsa konflik melalui satu lagi fasa kehidupan.

  • Penulis adalah Perunding Media Syria Care

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan