28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Permit kerja Md Rayhan yang terlibat dalam laporan Al Jazeera dibatalkan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Permit kerja Md. Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang terbabit dalam laporan dokumentari Al Jazeera mengenai isu pendatang asing di Malaysia telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen.

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini dan meminta agar individu tersebut menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya.

Md. Rayhan merupakan salah seorang pekerja asing yang ditemubual oleh Al Jazeera berhubung layanan kerajaan Malaysia dalam menangani isu pendatang tanpa izin berkaitan penularan Covid-19.

Selasa lalu, Jabatan Imigresen mengeluarkan kenyataan untuk mengesan Rayhan, 25, dan beberapa individu lagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, susulan penerbitan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan pada 3 Julai lalu.

Sejak ia disiarkan, Al Jazeera menerima kecaman daripada warga maya yang mendakwa kesalahan fakta dalam laporan itu dengan ada yang menggesa Rayhan dan wartawan organisasi media itu diusir.

Baca juga:   Sah.. Syamsul, Ira nikah di Thailand

Pada 10 Julai lalu, enam kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berkenaan dokumentari itu dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pula membidas cara stesen televisyen itu membuat laporan mendesak mereka memohon maaf.

Pengurusan Al Jazeera mempertahankan dokumentari kontroversi itu dan menyatakan kebimbangan terhadap gangguan yang dihadapi oleh kakitangannya susulan reaksi balas terhadap dokumentari tersebut. – EDISI9

Baca juga:   Polis terus siasatan kenal pasti dalang sindiket dadah - Ayob Khan

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan