28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lampard dedah pemain ‘koyak’ punca Chelsea tewas 3-0

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR


PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard mempersoalkan sikap dan semangat barisan pemainnya selepas mempamerkan aksi lemah dan terburuk musim ini sehingga tewas 3-0 pada Sheffield United dalam perlawanan tengah malam tadi.

Kekalahan itu menambah derita Chelsea apatah lagi dengan Leicester City dan Manchester United sedang menghambat rapat dalam usaha merebut kedudukan empat tangga teratas liga dengan berbaki tiga perlawanan.

Lebih perit, dalam baki tiga perlawanan tersebut, Chelsea akan bertembung dengan juara liga, Liverpool, manakala Manchester United kini sedang dalam prestasi terbaik akan mengharungi sisa perlawanan tanpa sebarang pertemuan pasukan kuat.

Menurut Lampard, beliau kecewa dengan sikap pemainnya di Bramall Lane dan mengakui mereka ditewaskan dalam semua aspek perlawanan tersebut.

“Mereka lebih baik daripada kita dalam soal fizikal, baik daripada segi mental dan mengendalikan bola dengan baik, maka anda akan kalah.

“Mereka lebih kuat secara mental, anda dapat rasakan. Malah dengan ketiadaan penyokong, apa yang saya boleh dengar hanya suara pemain Sheffield United,” katanya seperti dipetik dalam portal standard.co.uk.

Dalam perlawanan tersebut, Sheffield United mendahului menerusi jaringan David McGoldrick pada minit ke-18.

Tuan rumah terus selesa menerusi jaringan Oliver Mcburnie pada minit ke-33 sebelum McGoldrick sekali lagi menyumbat gol ketiga Sheffield United akibat kealpaan pertahanan Rudiger yang menampan perlahanan bola dalam kotak penalti.

Buat masa ini, Frank Lampard dan anak buahnya hanya sekadar boleh berdoa agar Leicester City dan Manchester United gagal untuk mengutip tiga mata penuh dalam semua perlawanan sekiranya mahu mengintai slot ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan