26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Al Jazeera perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Portal berita antarabangsa, Al Jazeera diminta memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan menghentikan penyiaran dokumentari yang menyiarkan fakta tidak benar berhubung layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin dalam usaha kerajaan membendung penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan itu bukan sahaja berniat jahat, malah mengelirukan dan ia tidak wajar disiarkan.

“Sebagai sebuah media antarabangsa, kita minta Al Jazeera menghentikan tindakan (menyiarkan dokumentari) dan mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya hari ini.

Sebuah dokumentari disiarkan Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani pandemik Covid-19.

Ismail Sabri berkata, portal berita itu turut melakukan pembohongan apabila mendakwa kanak-kanak pendatang dilayan dengan kejam termasuk digari ketika dibawa ke Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Jelas beliau, realiti yang berlaku ialah kanak-kanak itu tidak digari malah diasingkan daripada tahanan lain dan ditempatkan bersama ibu bapa mereka.

Advertisements

“Ini fakta sebenar. Al Jazeera tak ingin tahu fakta sebenar ini bahkan atas niat tidak baik menuduh kita rasis, ini juga tidak benar,” katanya.

Ismail Sabri menegaskan, tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan pendatang tanpa izin adalah berlandaskan Akta Imigresen.

“Undang-undang itu membolehkan individu yang tidak mempunyai dokumen sah ditangkap dan ini selaras dengan undang-undang di negara lain,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri mencabar Al Jazeera untuk mengemukakan bukti negara mana yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing yang tiada dokumen untuk berada dalam negara itu.

“Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka.

“Setahu saya, tiada negara yang akan berbuat demikian termasuk di negara Al Jazeera ada sekarang ini,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan