24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keghairahan Mahathir, keterujaan Syed Saddiq, kemampuan Mukhriz

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Tok Det patut pi tanding pilihan raya Singapura?

Masa Tok Aba dok belek-belek berita pasal Tok Det nak calon Tok Pie (Shafie Apdal) jadi PM, kawan baik Tok Aba telefon.

Dia tanya pasai apa yang Tok Det tak habis-habis dok cakap pasal jawatan PM? Bila kita nak pilihan raya? Setahu dia yang nak pilihan raya, Singapura.

Jadi kawan Tok Aba tu cakap, ‘’hang cakap dengan Tok Det kalau nak sangat jadi PM, pi Singapura masuk tanding pilihan raya, jadi PM kat sana.’’ Ketawa Tok Aba dengar cadangan kawan Tok Aba tu.

Betui la, Singapura nak buat PRU 10 Julai ni. Tok Aba baru teringat tarikh itu hari jadi ke-95 Tok Det, jadi cantik sangat kalau Tok Det pi Singapura jadi calon, lawan dalam pilihan raya kat sana, mana tau kot-kot dapat hadiah hari jadi, boleh jadi PM kali ketiga walaupun bukan kat Malaysia.

Tok Det mungkin boleh minta tolong kawan-kawan dalam PAP untuk jadi calon. Lagipun parti kawan baik Tok Det, DAP memang asal daripada PAP.

La ni Tok Det pun dah rapat sangat dengan DAP. Tapi Tok Det kata tak mau masuk DAP sebab nak terus berjuang dalam parti Melayu, elok la tu, Tok Det boleh pi sana tubuh parti Bersatu – kat sini dah kena gugur.

Tok Aba tau la, Tok Det rakyat Malaysia mana boleh tanding kat Singapura, tapi Tok Det dah jadi bahan lawak sebab ghairah sangat dok bercakap pasal jawatan PM walaupun negara kita tak buat pilihan raya.

Macam ni la Tok Aba ingat, lebih baik Tok Det berhenti cakap pasai jawatan PM ni buat malu saja, macam dah kemaruk sangat. Orang kampung macam Tok Aba ni, dok fikir macam mana nak hidup lepas Covid-19, dia dok sibuk pasai sapa patut jadi PM.

Kita bukan tak ada PM, Tok Abah kan ada, yang Tok Det dok kelam kabut pasai apa? Tunggu la pilihan raya, masa tu Tok Det nak cakap sapa pun nak jadi PM, tak dak masalah. La ni dok diam-diam sebab orang Melayu dah menyampah.

TOK ABA – dah lama menyampah


Syed Saddiq janganlah teruja sangat

Tok Aba ni kalau muda dan kuat, Tok Aba dah gelak guling-guling bila baca berita pasal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang umumkan sendiri dalam facebook bahawa disenarai pendek sebagai antara 15 orang penerima One Young World Politician Of The Year Award 2020.

Bagusla sebab ada keterujaan nak menang anugerah tu, tapi cuba Syed Saddiq fikir, layakkah dia? Tok Aba tinjau-tinjau juga laman web oneyoungworld.com, nak tau apa benda anugerah tu.

Memang penerima sebelum ini hebat-hebat belaka. Tahun ni depa buat kat Munich, Jerman. Lima calon akan dipilih.

Setakat nak jadi calon, Tok Aba tak kata Syed Saddiq tak layak , lagipun nak disenarai pendek pun bukan senang. Cuma Tok Aba nak cakap kat Syed Saddiq jangan teruja sangat.

Setakat jadi menteri 22 bulan tu, bukan rekod cemerlang pun. Kalau tengok calon-calon yang menang sebelum ini, rekod depa dengan Syed Saddiq yang baru ‘setahun jagung’ dalam politik, faham-faham saja la.

Advertisements

Lagipun Syed Saddiq bernasib baik menang PRU-14, sebab masa tu memang rakyat termasuk sebahagian orang Melayu dah letak dalam kepala, tak kira sapapun bertanding depa tetap nak undi PH.

La ni rakyat dah sedar, Syed Saddiq pun dah tak popular lagi, cuma diingati bila sebut pasal panjat pagar dan tampal plaster kat muka – dua-dua ni tak kira dalam anugerah tu.

Apapun Tok Aba tetap doa Syed Saddiq menang walaupun harapan tipis sebab kalau ada pilihan raya sekali lagi belum tentu dia menang. Anugerah tu boleh jadi pengubat duka.

Tok Aba nak nasihat kat Syed Saddiq, banyak lagi beliau kena belajar sepak terajang dalam dunia politik bukan setakat dok ikut ‘ayahanda tu’, ‘ayahanda ni’.

Politik juga bukan sekadar pandai buat video dan ambil gambar setiap kali baca buku. Tok Det boleh ajar macam mana – Tu pun kalau hubungan dia dengan Tok Det masih baik.

TOK ABA – Dah kurang nampak Syed Saddiq bersama Tok Det, pasai apa ya?


Mampukah Mukhriz jadi TPM?

Salah satu topik kawan-kawan Tok Aba dok sembang kat warung kopi ialah pasal Tok Mukhriz dicalonkan oleh bapa dia, Tok Det untuk jadi TPM II. Jawatan itu kena kongsi dengan Pak Anwar yang jadi TPM I.

Depa dok tanya Tok Aba, bolehkah Tok Mukhriz jadi TPM? Tok Aba kata, habis tu nak buat macam mana bapa dia yang nak. Lagipun Tok Aba kata, kalau boleh Tok Det nak terus letak anak dia jadi PM, tapi nanti nampak sangat.

Jadi Tok Det buat-buat la letak Mukhriz TPM II, Anwar TPM I, sebab Tok Det tau Anwar mesti tak mau punya, ‘last-last’ anak dia yang jadi TPM sorang-sorang.

Bila Tok Pie jadi PM, Tok Det akan kacau macam dia buat kat Pak Lah, Tok Najib dan Muhyiddin, bila jadi macam tu anak dia boleh la jadi PM – tu strateginya.

Jadi pada Tok Aba bukan soal Mukhriz mampu atau tidak, kalau nak cakap soal kemampuan… maaf cakap, belum masa Mukhriz jadi TPM.

Masa dia jadi MB Kedah dua kali pun tak cemerlang. Orang dok cakap pasal MB hujung minggu, hari-hari lain semua ada kat KL. Pak Sanusi Md. Nor (MB Kedah) pun cakap benda sama. Tapi nak buat macam mana kawan-kawan Tok Det dalam PH tak berani nak bangkang, depa ikut saja apa kata Tok Det.

Tapi Tok Aba boleh kata, kalau Tok Det bersara daripada politik, nasib Tok Mukhriz pun tak tau macam mana. Silap-silap dok KL terus tak perlu balik Kedah dah.

TOK ABA – suka tengok fiem ‘Anak Bapak’

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan