28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Fazura, Fattah bakal timang cahaya mata lelaki?

Mesti Baca

MUNGKIN ramai yang mengetahui pasangan artis paling popular Fattah Amin dan Fazura bakal menimang cahaya mata mereka pada bulan Oktober ini tetapi mereka masih merahsiakan jantina anak sulong tersebut.

Bagaimanapun, pengurus Fazuran, Iman Tang dalam laman Instagramnya baru-baru ini memberi gambaran seolah-olah kedua-dua pasangan itu bakal mendapat anak lelaki kerana dikatakan mahu bayi itu menjadi penyokong kelab bolasepak terkenal, Liverpool.

Dalam statusnya itu selepas menghadiri makan malam bersama Fazura, Iman berkata: “Syukur Alhamdulllilah Mommy dan babi sihat waalfiat dan selepas diskusi dengan mummy@missfazura semalam kita berjaya “convinced dan signed’ soon to be born baby to be supporter for Liverpool FC.Horay.
“Sebelum Daddy dia@fattahaminz minta dia support Man Utd, kita awal2 hijack dulu.hehe.”

Gambaran Iman yang memakai t-shirt Liverpool berkongsikan gambarnya bersama Fazura itu seolah-olah menunjukkan beliau telah diberitahu mengenai jantinan anak pasangan popular tersebut.

Bagaimanapun ketika dihubungi Astro Gempak, Iman menafikan perkara itu dengan menyatakan Fazura dan Fattah sendiri tidak mengetahui jantina anak mereka dan Iman tetap akan berusaha menjadikan anak mereka sebagai penyokong LIverpool tanpa mengira jantinanya.

“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan?

“Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

“Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi portal tersebut.

Sebelum ini, Fazura berkata dia dan Fattah mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka kepada umum sehinggalah bayi itu dilahirkan. – EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan