24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Fattah Amin terharu lakonannya diterima di Indonesia

Mesti Baca

MESKIPUN baru pertama kali berlakon di Indonesia, Fattah Amin akui terharu dan meluahkan rasa syukur apabila kemunculan pertamanya itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat di sana.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku adalah lakonan pertama Fattah yang sudah pun menemui penonton di pawagam Indonesia dan disambut baik oleh masyarakat di negara itu.

Fattah berkata, dia berasa seronok apabila lakonannya dihargai penonton Indonesia.

“Ada peminat yang sanggup datang dari Bandung ke Jakarta semata-mata mahu bertemu saya ketika tayangan filem itu diadakan di sana.

“Lebih menyentuh hati apabila peminat itu menangis ketika bertemu dengan saya.

“Saya tidak sangka watak Yusuf yang saya lakonkan benar-benar memberi kesan kepada penonton di Indonesia.

“Saya juga berterima kasih kepada pempengaruh di Indonesia yang sebelum ini memberi reaksi positif terhadap watak saya dalam filem ini di saluran Youtube mereka.

“Tidak lupa juga kepada mereka yang memberi komen positif menerusi mesej di Instagram. Saya seronok dan bersyukur kerana lakonan saya diterima baik di Indonesia,” katanya ketika ditemui selepas tayangan media filem Trinil, hari ini.

Menerusi filem itu, Fattah membawakan watak seorang pawang bernama Yusuf.

Advertisements

Filem seram arahan Hanung Bramantyo itu turut dilakonkan oleh Carmela Van Der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers, Elly D. Luthan dan ramai lagi.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Februari 2024 (esok).

Dalam pada itu, berkongsi wataknya sebagai pawang Fattah berkata, dia teliti dan membuat kajian terlebih dahulu maksud mentera yang dituturnya dalam filem berkenaan bagi mengelakkan sebarang pengucapan yang bercanggah dengan agama Islam.

“Saya kaji karakter ini, termasuklah setiap dialog yang saya tuturkan ketika melakonkannya. Saya juga banyak bertanya tentang mentera yang watak saya ucapkan dalam filem ini.

“Tiada unsur pemujaan atau pun perkara yang bercanggah dengan Islam dalam dialog itu.

“Bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa Jawa, saya mengambil masa yang lama untuk menguasai dan menghafal dialog yang saya tuturkan dalam filem ini,” katanya lagi.

Fattah juga bersyukur kerana diberi peluang berlakon filem Indonesia dan bekerja dibawah arahan pengarah terkenal seperti Hanung.

“Saya sedar sebelum ini saya tak banyak berlakon filem atau menjadi hero dalam filem.

“Saya amat bersyukur dan anggap ini satu rezeki yang memang tak disangka-sangka,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan