26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sindiket edar dadah tumpas, dadah RM7.6 juta dirampas

Mesti Baca

POLIS melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan dua lelaki dalam operasi di sekitar Lembah Klang, pada 14 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.6 juta, dipercayai bagi pasaran sekitar Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata dadah yang dirampas ialah 134.87 kilogram (kg) methamphetamine atau syabu, 8.25kg erimin 5, 25.54kg pil ekstasi, 8.26kg ketamin dan 6.05kg serbuk MDMA, dipercayai berasal daripada sebuah negara jiran, yang disimpan di kondominium mewah di Cheras.

“Dua lelaki yang ditahan berusia 26 dan 41 tahun, dipercayai berperanan sebagai dalang dan penjaga stor itu. Salah seorang daripada suspek mempunyai 22 rekod jenayah lampau membabit dadah.

Advertisements

“Mereka direman sehingga 27 Feb dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis juga sedang mengesan saki-baki anggota sindiket ini,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata turut dirampas sepucuk pistol tiruan bersama dua kelopak peluru, dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Hyundai, dan seutas jam tangan pintar.

“Bagi permintaan pelanggan dari sekitar Lambah Klang, sindiket berkenaan akan menghantar dadah melalui khidmat runner dan menggunakan perkhidmatan kurier jika ada permintaan dari Sabah atau Sarawak,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menyewa tiga unit kondominium di Cheras dengan bayaran RM2,500 sebulan, untuk dijadikan sebagai stor penyimpanan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai berhubung kegiatan itu. — BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan