30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bilionair hip hop Jay-Z kini pengurus bintang Man U, Marcus Rashford

Mesti Baca


BINTANG muda Manchester United, Marcus Rashford telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah pengurusan Roc Nation yang dimiliki oleh Bilionair Hip Hop, Jay-Z.

Ini bermakna, Jay-Z kini akan menjadi pengurus Rashford yang bakal menjadi antara bakat dikendailkan di bawah pengurusan agensi Roc Nation Sports.

Bagaimanapun, Jay-Z memaklumkan bahawa beliau tidak akan fokus terhadap karier bola sepak penyerang muda berusia 22 tahun itu, sebaliknya menjadikan bintang sukan tersebut sebagai seorang ikon dunia berpengaruh khususnya dalam aspek sosial dan kemasyarakatan.

Ini berikutan, baru-baru ini Rashford telah berjaya membuatkan Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson mengembalikan program bantuan makanan percuma kepada kanak-kanak kurang berkemampuan.

Gesaan tersebut dibuat Rashfod selepas mengetahui kerajaannya cuba memansuhkan baucer makanan mingguan sebanyak £15 sepanjang cuti musim panas.

Malah dalam satu surat terbuka kepada ahli Parlimen pada 14 Jun lalu, Rashford menegaskan “Sistem sedia ada bukan diwujudkan khas untuk memastikan hanya untuk keluarganya sahaja berjaya, tidak kira bagaimana ibu saya perlu berkerja keras.

“Sebagai keluarga, kami memang bergantung kepada sarapan, makanan percuma di sekolah selain bantuan daripada jiran dan jurulatih,” katanya.

Selepas gesaan itu, pelbagai tekanan daripada ahli Parlimen Parti Buruh dan beberapa selebriti membuatkan Boris Johnson akur dan memutuskan akan menyambung semula program berkenaan.

Menurut Johnson, kerajaan United Kingdom memerlukan peruntukan tambahan sebanyak £120 juta bagi menampung kos berkenaan.
Sehubungan itu, ramai pihak berterima kasih termasuk Johnson atas keprihatinan Rashford

Rashford dalam kenyataan balas, turut menzahirkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen.

“Kurang satu isu untuk dirisaukan, Ini bukan sama sekali mengenai diri saya atau anda, dan tiada kena mengena dengan politik, sebaliknya adalah rintihan bagi membantu ibu bapa yang kurang bernasib baik seluruh negara.

“Saya hanya menjadi platform agar suara mereka dapat didengari, Saya berdiri bangga mengetahui bahawa kita mendengar dan melakukan apa sepatutnya,” kata penyerang Manchester United itu.

Rashford kini sedang berusaha untuk mengutip dana sebanyak £100,000 dalam usaha untuk menyediakan 400,000 makanan kepada yang memerlukan.

Dalam pada itu, Rashford turut membawa masuk abangnya Dwaine Maynard, 36, dan Dane Rashford, 27, dalam agensi Roc Nation Sports di mana kedua-dua mereka akan lebih fokus dalam mengendalikan urusan kariernya dalam bola sepak.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan