KEBIMBANGAN para peminat tentang hubungan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi kenyataan apabila aktres tersebut memfailkan tuntutan cerai hari ini.
BH Online yang memetik kenyataan sumber berkata, permohonan dibuat pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Bagaimanapu, punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti yang dianggap paling ideal itu tidak didedahkan.
“Ya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah sebaliknya urusan memnfailkan perceraian itu dibuat oleh peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber tersebut.
Terdahulu, konflik rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, mula timbul selepas mereka sudah tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial.
Malah, masing-masing juga tidak lagi saling meninggalkan komen di hantaran media sosial seperti sebelum ini.
Bagaimanapun Fazura menyangkal dakwaan rumah tangganya bersama Fattah sedang bergolak.
Jelas Fazura, mereka membuat keputusan untuk tidak berkongsi kisah peribadi dan hal kebahagiaan di media sosial berikutan ingin menghormati penderitaan rakyat Palestin.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.