27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Perginya seorang ulama besar

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9

KIRA-KIRA pukul 12.30 tengah malam tadi, rakyat khususnya umat Islam menerima berita sedih apabila seorang lagi ulama terkemuka kembali ke rahmatullah.

Pemergian Datuk Ismail Kamus yang menghembuskan nafas terakhir di kediaman Allahyarham di Ampang, Selangor dalam usia 72 tahun pada hari Jumaat penuh keberkatan mengingatkan kita kepada dua lagi tokoh yang turut dijemput Allah SWT pada hari sama, pada tarikh berbeza.

Tokoh-tokoh itu ialah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 dan Allahyarham Datuk Dr.Haron Din yang kembali ke rahmatullah pada 16 September 2016.

Sesungguhnya kembalinya Allahyarham Ismail yang dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu Selangor adalah satu kehilangan besar kepada umat Islam di negara ini.

Allahyarham bukan sahaja pernah menjadi  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia mewakli Pas selama sepenggal pada 1999 hingga 2004, malah Allahyarham juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Anak murid kepada ulama tersohor, As Syeikh Mahmood al-Arif Al-Bukhori ketika menuntut Ma’ahad Hisyamuddin, Klang itu amat dihormati oleh semua pihak.

Latar belakang pendidikan dan ilmu yang dimiliki meletakkan Allahyarham sebaris dengan ulama-ulama besar lain di negara ini.

Rentetan perjalanan hidup Allahyarham yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cukup menarik.

Allahyarham pernah menjadi guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam dengan jawatan terakhir  sebagai Pakar Rujuk sebelum bersara secara pilihan.

Ketokohan anak Selangor ini yang pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat tersebut turut dihormati di luar negara kerana sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas, Allahyarham menyampaikan ceramah  agama di seluruh dunia termasuklah Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.

Advertisements

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui Twitter turut melahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham Ismail.

Dalam ciapannya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata;

“Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80-an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.

“Kehadirannya sentiasa dinantikan umat Islam di Malaysia setiap kali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1. Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.

“Kali terakhir saya makan bersama Almarhum adalah pada 17 Disember 2019. Walaupun kelihatan uzur, namun Almarhum tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama-sama saya pada malam tersebut. Kita kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah. Moga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga almarhum.’’

“Sememangnya Allahyarham Ismail adalah seorang pendakwah yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam menyampaikan ilmu-ilmu Allah, biarpun dalam beberapa tahun kebelakangan ini Allahyarham perlu menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang.

Sesungguhnya jasa Allahyarham amat besar dalam perkembangan Islam di negara ini kerana terus berdakwah hingga akhir hayat.

SELAMAT JALAN WAHAI MURRABI, AL-FATIHAH – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan