29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Topik lucah di Telegram, Jakim lapor SKMM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kandungan dan topik lucah di akaun Telegram yang dikendalikan seorang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut dalam tindakan dan siasatan lanjut SKMM di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Berkenaan memanggil dan membuat pertemuan dengan wanita berkenaan, Jakim telah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan pihak berkenaan menetap di Terengganu.

“Pihak Jakim juga dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh JHEAT bagi membolehkan satu siasatan dilakukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan