24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM perjelas isu kalimah Allah di Dewan Rakyat hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelas tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan oleh penganut Kristian di Dewan Rakyat hari ini.

Merujuk kepada Aturan Urusan Mesyuarat, perkara tersebut akan dijawab Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi.

Soalan berkenaan isu itu diangkat oleh Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang memohon penjelasan sama ada kerajaan telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebelum membuat keputusan. 

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri pada 15 Mei lalu telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama bagi tujuan pembelajaran.

Sementara itu, persoalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dijangka menjadi tumpuan mengenai perancangan kerajaan mengatasi masalah sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol.

Advertisements

Dalam pada itu, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula akan menbwa persolaan mengenai langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi semua pihak.

Beliau juga akan membawakan solaan bilakah tahun persekolahan dapat kembali dimulakan pada awal Januari.

Sejurus selepas sesi soal jawab, Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 dijangka akan dibaca buat kali kedua dan dibahaskan. 

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan