31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Newcastle sahkan tempat ke UCL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NEWCASTLE mencipta sejarah mara ke saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim depan selepas 20 tahun apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Leicester City di St. James Park awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Magpies kekal di tangga ketiga dengan 70 mata, dibezakan empat mata berbanding pasukan di tangga kelima, Liverpool yang mengutip 66 mata dengan baki satu perlawanan.

Perlawanan di St. James Park awal pagi tadi mengingatkan semula kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) Leicester pada 2016 dan pada situasi sama, Newcastle tersingkir daripada liga.

Situasi tersebut berlawanan musim ini apabila Newcastle berjaya menempah slot ke kejohanan elit Eropah sementara Leicester menunggu nasib perlawanan terakhir minggu ini sama ada kekal atau mengalami penurunan divisyen.

Pengendali Magpies, Eddie Howe berkata, kejayaan yang dicipta musim ini adalah hasil daripada sokongan padu yang diterima daripada penyokong.

Advertisements

“Jika kami tidak bersatu dengan kumpulan penyokong, bagaimanapun anda beraksi dan mahu capai, itu tidak akan sesekali berjaya.

“Kami ingin menunjukkan kepada penyokong bahawa kami di sini adalah bagi membuatkan mereka bangga dalam setiap perlawanan.

“Saya juga fikir pemain beraksi dengan cukup baik, cabaran cukup besar. Penyokong kekal di sini membantu kami walaupun ketika ‘hari hitam’ yang dilalui,” katanya seperti dipetik dari Sky Sports.

Howe merupakan watak penting dalam melakukan transformasi kelab di sejak diambil-alih oleh Saudi Public Investment Fund (PIF) dengan membawa masuk beberapa pemain berkualiti.

Antanya adalah Kieran Trippier, Steven Botman, Nick Pope, Bruno Guimaraes dan Anthony Gordon. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan