26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Sudah bersediakah ibu bapa ‘relakan’ anak-anak divaksin?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERMULA esok, kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun bakal diberi vaksin jenis Pfizer menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Yang pasti pendirian ibu bapa berbeza-beza. Ada yang berbelah bagi kerana khuatir kesan sampingan yang akan dihadapi terutama berkaitan radang otot jantung atau myocarditis.

Ada yang sudah bersedia membenarkan anak-anak mereka diberi vaksin. Ada yang kata, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Anda pula bagaimana?

Tapi jika anak mempunyai alahan disarankan agar merujuk dahulu kepada doktor sebelum mengambil vaksin.

Pun begitu, terbit juga risau di hati dalam kalangan ibu bapa meskipun pengambilan vaksin untuk anak mereka di ketika pandemik ini di angkat sebagai suatu ‘keperluan’.

Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan tiada kewajipan suntikan berkenaan seperti orang dewasa.

Dalam pada itu, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, golongan kanak-kanak itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Dengan perkhabaran tersebut, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan bagi para ibu bapa.

Ada yang mengatakan usia lima tahun amat terlalu awal untuk mendapatkan suntikan tersebut bagaimanapun ramai juga yang bersetuju mendapatkannya untuk anak-anak demi perlindungan mereka.

Baca juga:   KKM pantau 'konjac jelly' berisiko tercekik kepada kanak-kanak

Berdasarkan rekod, terdapat kira-kira empat juta kanak-kanak layak diberikan vaksin bagi melindungi mereka daripada kesan serius akibat COVID-19.

Sebagai waris, semestinya kita mahu kerajaan memberi lebih banyak informasi tentang keberkesanan pemberian vaksin dalam kalangan kanak-kanak agar ianya dapat menjadi platform terbaik bagi mencegah penularan COVID-19 dengan lebih teruk.

Baca juga:   Khairy kongsi anak terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

Walaupun, vaksin untuk kanak-kanak adalah selamat serta berkesan dan perkara itu turut disokong dengan kenyataan dikeluarkan Kolej Pediatrik, Academy of Medicine Malaysia pada 20 Januari lalu, tetapi sejauh mana penerimaan ibu bapa, hanya mereka sendiri yang akan membuat keputusan yang terbaik untuk anak kecil mereka.

Memetik kenyataan berkenaan, pandemik COVID-19 masih berkembang dengan kemunculan varian baharu.

Ini menyerlahkan keperluan dalam memaksimumkan faedah perlindungan vaksinasi merentasi semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak.

Berdasarkan profil keselamatan yang diterbitkan dan bukti yang semakin meningkat tentang faedah daripada vaksinasi COVID-19, Kolej Pediatrik Academy of Medicine Malaysia dengan tegas mengesyorkan vaksinasi kanak-kanak, terutamanya kumpulan umur sekolah, 5 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, pihak kami menggesa kerajaan memastikan program vaksinasi yang dilaksanakan dengan teliti untuk kanak-kanak bawah 12 tahun di Malaysia.

Bukti daripada ujian klinikal fasa II/III dan pengalaman dunia sebenar telah menunjukkan bahawa vaksinasi COVID-19 adalah berkesan dan selamat untuk kanak-kanak dan remaja.

Sehingga November 2021, lebih daripada 100 negara memulakan atau merancang untuk mengembangkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak, bermula dengan remaja (12–17 tahun), termasuk Malaysia.

Baca juga:   Tajuddin Abdul Rahman ditahan SPRM semalam?

Jika vaksin diambil, ia akan mengurangkan peluang virus untuk bermutasi kepada varian baharu yang mungkin lebih berbahaya.

Dalam hal ini, tepuk dada, tanya selera. Buatlah keputusan yang bijak, demi keselamatan dan perlindungan anak kecil anda!

Baca juga:   KKM pantau 'konjac jelly' berisiko tercekik kepada kanak-kanak

-Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan