26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Annuar Musa mohon sertai PAS

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan telah menghantar borang permohonan menyertai PAS bulan lalu.

Bekas pemimpin UMNO itu berkata, beliau nekad memilih PAS ketika berada di Tanah Suci, selepas enam bulan tidak berparti.

Dakwa Annuar lagi,  10,000 lagi individu turut bersama beliau mengisi permohonan untuk menyertai parti itu.

“Saya ingin menjelaskan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan saya antara 10 individu yang telah mengisi borang membuat permohonan untuk menyertai parti PAS.

“Saya nak membuat pembetulan kepada kenyataan tersebut, kenyataan itu menyebut saya dan 10 orang, sebenarnya bukan 10 tetapi lebih daripada 10,000 orang bersama-sama saya. 

Advertisements

“Keputusan ini dibuat selepas saya berfikir secara mendalam, mengelakkan emosi, mengelakkan marah, mengelakkan sebarang dendam, mengelakkan sebarang tindakan berasaskan sentimen,” katanya lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri Muafakat Nasional (MN) pada Sabtu.

Terdahulu, Takiyuddin Hassan mendedahkan Annuar Musa termasuk lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang akan menyertai PAS, 

Sementara itu, Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula “menunjukkan minat” menyertai Bersatu.

Beliau yang juga setiausaha agung PAS berkata pengumuman penerimaan keahlian tokoh politik berkenaan dalam parti itu dijangka dibuat penghujung bulan ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan