27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dilantik Pengerusi HDC

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro dilantik sebagai Pengerusi Halal Development Corporation (HDC).

Perlantikan Khairul Azwan diumum HDC melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.

“Sekalung Tahniah buat Encik Khairul Azwan Harun atas pelantikan sebagai Pengerusi, Halal Development Corporation ( HDC). 

“Semoga dengan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman YBhg. Encik Khairul Azwan, tadbir urus HDC dapat diperkukuhkan dan kontribusi dapat diberikan pada peningkatan daya saing industri halal di Malaysia hingga ke tahap yang lebih tinggi,” kata hantaran itu.

Pada pemilihan UMNO lalu,, Azwan Bro dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak selepas menewaskan Dr. Faizal Tajuddin yang juga anak kepada bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, dengan majoriti 46 undi. 

Untuk rekod, Azwan turut bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu di Parlimen Pasur Salak namun tewas kepada calon Perikatan Nasional, Jamaludin Yahya. – Edisi 9

Terkini

Caprice nafi bayar Mondy demi ‘content’

PENYANYI rap, Caprice, menafikan dia membayar pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto demi content atau menjatuhkan mana-mana individu. Caprice berkata, dia sudah memberi keterangan...

Lagi Artikel Berkaitan