30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anwar harap kerjasama dengan AS pulihkan alam sekitar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan harapan Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam peralihan tenaga boleh baharu, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi.

Anwar berkata, perkara itu disampaikan semasa beliau menerima panggilan daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, TYT John Kerry semalam.

“Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia.

Advertisements

“Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG ) bersih sifar seawal tahun 2050,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Anwar, beliau juga menekankan bahawa Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju wajar menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.

“Ia dapat dicapai dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan