32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Murid, guru dibenarkan terus pakai baju sukan – Fadhlina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak meletakkan sebarang tempoh kebenaran kepada murid, guru atau kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kebenaran khas tersebut bertujuan mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan bergantung kepada keadaan cuaca panas ketika ini.

“KPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Mereka sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar. Langkah ini juga supaya kejadian tidak diingini boleh dihalang dan dicegah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan Kelantan dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom Digi, Afizulazha Abdullah.

KPM pada 3 Mei lalu memberikan kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Selain itu, KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan