32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Umar cipta kejutan menang emas 400m

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELARI muda negara, Umar Osman mencipta kejutan apabila melakukan larian emas apabila muncul juara acara 400 meter (m) Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo hari ini.

Lebih manis lagi, kejayaan itu ditempa selepas mencatat 46.34 saat (s) rekod kebangsaan selama 22 tahun yang dicipta Mohd. Zaiful Zainal Abidin, 46.41s dalam Kejohanan Olahraga Asia Junior di Brunei pada Julai 2001.

Dalam aksi final, anak jati Kluang, Johor itu sedikit ketinggalan sejak awal saingan.

Bagaimanapun, pemuda berusia 20 tahun itu bangkit melakukan pecutan pada 70m terakhir untuknya melintasi garisan penamat meninggalkan dua pesaing terdekat dari Filipina, Umajesty Wesley Lachicha Williams (46.52s) dan Frederick Cabatu Ramirez (46.63s).

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir pelari negara memenangi emas dalam acara 400m lelaki adalah pada 2009 di Vientiane, Laos menerusi Zafril Zuslaini.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Abdul Wafiy Roslan sekadar menamatkan larian di kedudukan ketujuh daripada lapan peserta dengan catatan 49.17s.

Dalam pada itu, jaguh 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy menepati ramalan selepas memenangis emas dalam acara tersebut.

Shereen mencatat masa 52.53s sekali gus memecahkan dominasi juara empat kali berturut-turut dari Vietnam, Nguyen Thi Huyen (53.27s) yang merangkul perak sementara pingat gangsa pula menjadi milik rakan senegaranya, Nguyen Thi Hang (53.84s). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan