Tuesday, June 16, 2026

EPL: Newcastle semakin hampir raih slot UCL

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

NEWCASTLE United hampir pasti beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim selepas bangkit menewaskan kelab tercorot Southampton 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium St. James’ Park pada Ahad.

Newcastle terlebih dahulu dikejutkan jaringan Southampton pada minit ke-41 oleh Stuart Armstrong.

The Magpies mendominasi separuh masa kedua untuk memburu gol penyamaan dengan pemain gantian, Callum Wilson mencetus impak dengan jaringan minit ke-54.

Dia kemudian mendapat satu lagi gol, namun dibatalkan kerana ofsaid tetapi kelegaan Southampton tidak lama kerana gol sendiri Theo Walcott minit ke-79 meletakkan anak buah Eddie Howe di hadapan.

Dua minit kemudian Wilson memastikan tiga mata milik tuan rumah selepas menyempurnakan hantaran Alexander Isak pada minit ke-81.

Kemenangan ke-18 liga Newcastle itu membolehkan The Magpies mengumpul 65 mata dengan baki lima perlawanan mendahului 11 mata di depan Tottenham Hotspur yang tewas kepada Liverpool pada lewat Ahad.

Kali terakhir Newcastle bermain di UCL adalah pada musim 2002/2003 di bawah bimbingan Bobby Robson. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan