36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zamsaham masih buka ruang jual Kelantan FC

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman masih membuka peluang kepada pihak yang berminat untuk membeli kesemua saham kelab The Red Warriors (TRW).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham turut meminta pihak yang mempunyai minat untuk tampil dengan ‘proof of funds’ melalui hantaran email bukan sekadar sembang kosong sahaja.

“Dalam catitan saya,saya masih kekal terbuka utk mana2 individu yg mampu galas tugas sebagai pemilik untuk beli TRW ini dari saya.

“Setakat hari ini, tiada seorang pun yang hadir. Silakan marilah runding. Silakan hadir dan email ke [email protected] dengan proof of funds. Tak mahu sembang sahaja,” katanya dalam hantaran Facebook pada Ahad.

Beliau mengulas persoalan beberapa pihak yang masih meragui kejujurannya untuk mengendalikan TRW.

“Saya masih terbuka. Cepat munculkan diri. Saya nak bayar gaji lagi ni. Kalau saya untung, marilah jadi pemilik kelab dan cari untung dengan perniagaan melalui bola sepak.

“Saya ikhlas membina kelab sama sebagaimana saya selamatkan The Red Warriors 3 tahun lepas. Masa itu tiada  juga orang nak selamatkan.

“Hanya dalam 7 hari saya selesai urusan jual beli dan bayar deposit beli Kelantan pada 3 September 2020,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan