33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Polis terima 3 laporan peniaga ludah adunan martabak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan menerima tiga laporan berhubung satu video tular seorang lelaki berkelakuan seakan-akan meludah adunan martabak yang dijualnya di sebuah bazar di Labuan.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, laporan polis dibuat susulan daripada satu video berdurasi 12 saat di media sosial sejak Khamis.

“Berkaitan kejadian itu, pihak polis telah menerima sebanyak tiga laporan polis dan hasil penelitian lanjut, kejadian berlaku pada hari yang sama video itu tular di Bazar Ramadan Labuan Walk.

“Melalui rakaman video itu, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual martabak perisa ludah di Bazar Labuan Walk dan telah ditonton serta mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Ahmad lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisements

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya,” jelasnya

Sehubungan itu, Ahmad menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau hubungi pegawai penyiasat Asistan Superintendan Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan