25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Imigresen siasatan kes rasuah 2 pegawai di Bangladesh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan dua anggotanya 17 April lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, penahanan itu juga susulan perkongsian maklumat antara pihaknya dan SPRM yang mengesan aktiviti mencurigakan kedua-dua pegawai terbabit.

Menurutnya, pihaknya mengesan terdapat dakwaan Atase Imigresen yang bertugas di Dhaka, Bangladesh menerima rasuah melibatkan pengeluaran visa luar negara kepada rakyat negara itu untuk memasuki Malaysia.

“Jabatan kemudiannya telah mengarahkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Ruslin lagi, maklumat itu disalurkan kepada SPRM yang membawa kepada penahanan kedua-dua suspek terbabit.

Menurutnya, kerjasama strategik antara dua badan itu akan diteruskan bagi memastikan pihaknya bebas rasuah dan berintegiriti tinggi.

Advertisements

“Jabatan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“Jabatan ini tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan imej jabatan dan menggugat keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, dua pegawai penguat kuasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka yang ditahan SPRM adalah pegawai Atase Jabatan Imigresen.

Mereka masing-masing lelaki dan wanita direman selama tiga hari bermula kelmarin sehingga hari ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan