28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Krisis Sudan: 7 rakyat Malaysia, asing berjaya dipindahkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEDUTAAN Besar Malaysia di Sudan berjaya membawa keluar dua rakyatnya dan lima warga asing dari negara lain ke lokasi yang selamat, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, warga asing itu masing-masing terdiri dua rakyat Kanada, dua rakyat Britain dan seorang rakyat Amerika Syarikat.

“Alhamdulillah, setelah penilaian mendalam dan dengan mandat Pasukan Khas Wisma Putra, pegawai kedutaan kita berjaya bawa mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, operasi pemindahan itu adalah sebagai misi persediaan pihak kedutaan mengumpul semua warga Malaysia di satu lokasi selamat untuk keluar.

“Saya ingin memaklumkan bahawa meskipun operasi ini amat berisiko tinggi, namun ia perlu dibuat bagi menjamin keselamatan rakyat kita yang memerlukan bantuan,” katanya.

ZAMBRY ABDUL KADIR

Beliau turut mengesahkan laporan terkini mengenai pertempuran antara pasukan askar kerajaan (SAF) dan  Rapid Support Forces (RSF) yang makin meruncing di kebanyakan lokasi di sekitar ibu kota Khartoum sepanjang masa.

Justeru, seperti dinyatakan menerusi kenyataan sebelum ini, situasi Sudan amat rumit dan boleh berubah setiap masa dengan pihak bertelingkah masih meneruskan pertempuran.

Bahkan, ujar beliau memberi contoh gencatan senjata ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Kerjasama Islam pun langsung tidak dipatuhi mereka.

Senario berkenaan menyukarkan usaha pemindahan warga Malaysia malahan perkara sama turut dialami banyak negara lain apabila rakyat mereka terkandas di lokasi berbahaya.

Advertisements

Pada masa yang sama, Zambry menyeru warga Malaysia memanjatkan doa dan memohon kepada Tuhan agar dapat melindungi keselamatan rakyat negara ini berada di Sudan.

“Marilah kita juga berharap supaya operasi bagi membawa kesemua mereka itu pulang dengan selamat ke tanah air dipermudahkan-Nya,” tambah beliau lagi

Untuk rekod, krisis perang saudara meletus semula di Sudan pada 15 April lalu antara SAF dan militia separa separa tentera, RSF.

Malahan, Kedutaan Besar Malaysia yang terletak dalam Kompleks Petronas Sudan turut ditawan pemberontak dan memaksa operasi diplomatik dipindahkan ke kediaman duta.

Kementerian Luar turut membentuk Pasukan Khas pada hari pertama krisis tersebut yang disertai pelbagai agensi bagi menilai perkembangan semasa serta risiko keselamatan.

Walau bagaimanapun usaha pemindahan 32 warga Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan amat sukar apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dikuasai oleh RSF.

Terminal udara itu yang merupakan satu-satunya akses tunggal untuk rakyat asing keluar dianggap berbahaya dengan banyak pesawat awam dibedil ditembak pihak bertelagah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan