26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Terima kasih pasukan hadapan – Anthony Loke

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan hadapan yang banyak membantu rakyat dalam meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ucapan terima kasih itu termasuk kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penerbangan, pemandu teksi, e-hailing dan p-hailing, kakitangan rel serta pelabuhan.

“Terima kasih atas pengorbanan anda untuk membawa perantau balik kampung, menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Advertisements

“Menjelang 1 Syawal esok, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

“Perayaan Aidilfitri menjadi peluang keemasan untuk saudara-mara dan kawan-kawan untuk kunjung-mengunjungi demi mengeratkan silaturahim.

“Dalam kegembiraan pulang ke kampung halaman masing-masing, ingatlah memandu secara berhemah di jalan raya. Ingat orang yang tersayang menanti kepulangan anda,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan