29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pas sindir PM adakan rumah terbuka di 6 negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS hari ini menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sanggup mengadakan majlis rumah terbuka di enam negeri yang kebetulan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari secara sinis menyifatkan langkah diambil itu merupakan hasil penjimatan Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji dan menolak pemberian hadiah di majlis-majlis yang dihadirinya.

Beliau menyifatkan sambutan itu diadakan hanya kerana PRN di negeri-negeri berkenaan tidak lama lagi dan kementerian yang terbabit rapat dengan program berkenaan juga terlibat dalam gerak kerja parti pimpinan kerajaan.

“Tahniah. Secara kebetulan pula kementerian yang diatur terlibat rapat pula dengan gerak kerja parti.

“Contoh, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyelia program di Kelantan di mana Menterinya ialah Pengerusi PKR Kelantan,” katanya menerusi Facebook beliau.

Advertisements

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri akan diadakan di tiga negeri iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

JPM berkata, penganjuran majlis berkenaan dengan dihadiri Anwar sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan.

Anwar juga dijangka akan menghadiri rumah terbuka Malaysia Madani di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan namun tarikhnya belum ditetapkan.

Sementara itu, Ahmad Fadhli menggesa orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke majlis tersebut sebagai tanda menolak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam PRN nanti.

“Jom kita hadir beramai-ramai meriahkan sambutan ini bersama Perdana Menteri, dan beramai-ramai menolak Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN nanti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan